Friday, June 10, 2016

french toast @ sambal kentang @ patin goreng








Petang semalam hujan lebat otw balik ke rumah. Biasa la KL ni kalau hujan jek, selalunya mesti jem. Tambah lagi banyak construction sana sini. Dekat pukul 6pm baru sampai rumah. Hazab redah jem.

Terus mintak tolong anak2 dara potong2 roti gardenia, sapu marjerin dan hancurkan ikan sardin. Nak buat roti sardin. Abih la satu paun roti tu, tinggal kulit je... 100% anak2 dara yang masak. Done.







Bila dah suntuk masa nak memasak ni, tangan mesti ligat nak siapkan juadah sebelum waktu maghrib. Akak masak sup ayam dan at the same time celur mee hoon, boleh makan dengan sup ayam tadi + sambal kicap. Settled. 






Rebus kentang 4 biji, nak buat sambal kentang. Akak tumiskan kentang ni dengan ikan bilis dan mempedal ayam. Cara masak sama la dengan cara kita nak masak sambal tumis ikan bilis tu. Sebab tu stok ikan bilis kena sentiasa ada kat rumah.






This one fresh ikan patin from Temerloh. Goreng pun sedap. Plan nak buat gulai masam ikan patin tapi sebab bunga kantan pun tak ada, goreng jek la. Ikan patin goreng ni antara lauk yang memang laris kat rumah.

Ok done juadah berbuka puasa semalam. Walaupun tak mewah macam orang lain tapi alhamdullillah kenyang semuanya.

:)









ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...