kueteaw kungfu



Semalam, walaupun balik pukul 4.30...dekat 45 minit jugek la akak baru sampai kat rumah.Yang agak bengangnya...(eh...puasa tak boleh nak bengang...), ada polis traffic tahan kereta bangla2 kat tepi jalan. Disebabkan hal ni, jalan jadi sesak. Masing2 nak balik cepat, yang kiri ke kanan. Yang kanan ke kiri. Semua main hentam jek.

Anak dara nak makan apam balik, bawak la kejap kat bazar ramadhan. Nasib baik bazar ramadhan dekat jek dengan rumah. Then balik rumah prepare untuk masak kueteaw kungfu, memang anak2 suka makan, akak pun suka makan jugek.






Sedap pulak kueteaw yang jenis ni, less oil. Biasa tu akak beli mesti kueteaw agak berminyak. Ok, mula2 pukul 2-3 biji telur dengan serbuk lada hitam. Akak guna instant black pepper jek. Basuh kueteaw dan toskan sampai kering. Agihkan kueteaw kepada 4-5 bahagian. Celup setiap bahagian tu dalam telur tadi dan goreng sekejap, sampai kaler kueteaw jadi brown sikit.

Akak suka garing sikit sebab suka dengar kruk krak tu...bila makan :)






Walaupun akak tak reti nak snap pic kueteaw ni tapi janji rasa mesti sedap ye. Patut ada udang dan carrot tapi tak sempat nak beli. So just guna kobis, fish cake, ayam dan telur jek.

Bahan2 nak menumis untuk buat kuah kueteaw kungfu ni memang mudah sangat. Bawang putih, sos tiram, kiub ayam, lada merah atau cili api (kalau nak pedas). Tumis semua bahan dan masukkan ayam dan fish cake tadi. Bila dah garing sikit, masukkan air. 

Bila air dah mendidih, boleh la masukkan kobis dan telur. Bila dah masak, masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air...nak bagi kuah pekat sikit. Garam jangan lupa pulak. Then, tuang jek kuah atas kueteaw yang dah digoreng tadi.

Done!




Popular Posts