Thursday, May 12, 2016

makan-makan lagi








Saja nak tepek gambo food. Dah tertengok ada gambo food dalam phone, so akak share jek la kat sini. This week anak dara dengan gigihnya mengganti puasa, ada kurang lebih 10 hari lagi...uolls..kus semangat. Tapi okay la kan sebab budak ni nak ganti dan berusaha untuk ganti puasa, daripada orang yang malas nak ganti puasa atau beranggapan bayar fidyah jek, dah boleh langsai puasa yang ditinggalkan. Silap tu, fidyah kena bayar, puasa wajib diganti.

Okay, masak french toast tapi ada sardin dalamnya dan mee hailam versi kanak2. Kalau dah versi kanak2, harus la tak ada sayur. Plain betul akak tengok. Janji rasanya sedap.







Lunch dengan kawan2 kat sebelah Hotal Royale Chulan, ada gerai masakan panas kat situ. Makan kueteaw kungfu, not bad rasanya. Harga RM9.00 + air teh tarik RM3.00. Sekali-sekala makan, boleh la kan. Kalau dah hari2 byar rm12.00, cepat la kempis purse akak ni.

Peace :)

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...