Thursday, May 12, 2016

pesta buku antarabangsa @ maeps, serdang





Chef Hanieliza sedang bagi tutorial masak...sapa tak kenal chef ni kan,
dah banyak buku resepi yang dia keluarkan


Berkesempatan menerjah ke Pesta Buku Antarabangsa baru2 ni, melayan kehendak anak dara. Masa program ni buat kat PWTC, ada sekali jek sempat akak pergi, naik tren jek. Senang. Kali ni bila buat kat Serdang, terpaksa guna khidmat SRK untuk jadi driver sebab tak tau jalan. Woha!

Tapi bila dah pergi sana....eh...akak tau la jalan ni! SRK bengang....ek eleh :)

Memang sesuai la buat kat maeps sebab kat situ dewannya luas, car park luas, kemudahan toilet banyak, senang access dari highway dan bukan tempat sesak. So boleh pergi dengan aman dan nyaman, sambil tengok pokok2, padang hijau dan tasik... Cuma food court yang derang arrange tu macam messy sikit, tak teratur, tak ada mood nak makan kat situ, lagipun harga food boleh tahan...dan tak banyak sangat pilihan. Tak ada nasi campur yang awesome.

Okay, tujuan utama anak dara nak terjah ke situ bukannya nak beli buku2 rujukan belajar pun tapi nak cari novel fixi. Memang budak kecik ni minat betul dengan novel fixi, dah banyak koleksinya. Then tolong cari novel adaptasi untuk kakaknya. Memang banyak pilihan novel dan banyak diskaun. Tak rugi kita pergi. At least bagi pendedahan kepada anak2, mak2 dan bapak2 tentang pesta buku antarabangsa ni.



Kartunis ni nama dia, Lengkuas. Akak pun tak tau napa dia nak
nama Lengkuas, bukan halia atau kunyit ke...hehe



Kartunis yang ni pulak, kalau tak silap nama dia Gayou. Walaupun rambut dia macam tu tapi
orang ramai berebut-rebut nak bergambo dengan dia....


Ada satu corner, semua kartunis jek. Zaman dulu2 akak kenal la jugek kartunis ni...sebab rajin baca majalah gila-gila :) tapi sekarang tak kenal dah....tak sure. Ada diskaun hebat kalau beli komik banyak2, dapat paper bag...dapat...dapat baca komik banyak2 la... =)




iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...