Monday, May 23, 2016

lunch @oldtown
















Sebelum nak share pasal cerita lunch tadi, nak tanya uolls pasal telur ikan ni. Sapa peminat telur ikan? Akak memang tak pernah beli telur ikan semata2 yang jual kat pasar tu...never sebab tak reti nak masak macamana. Pic ni kawan akak share, dia masak asam pedas dengan ikan dan telur ikan. Nampak macam marvellous tapi bila tengok urat2 kat telur tu, macam tak selera pulak =)

Nanti nak gugel pasal resepi memasak telur ikan. 






Subuh tadi bila bangun tido terus tengok jam, baru pukul 5.35am. Bangun terus mandi dan tengok jam lagi, tetap pukul 5.35am. Akak kena tipu dengan jam rupanya. Bateri jam dah kong. 

Okay, tengahari terus pergi Ampang Park untuk tukar bateri jam, kena rm12. Standard price kot tapi kena pilih2 kedai. Kedai jam yang lorong tengah, area dah dekat menghala ke Guardian tu, tukar bateri jam kena rm18. Tapi kalau duit terlebih tu, bateri harga rm50 pun okay, kan. Lepas tu round sikit2, survey baju kurung. At now, harga baju still okay...so boleh la kot membeli baju raya sekarang. Jangan tunggu bulan puasa nanti, harga dah tinggi. 






Lepas round confirm perut lapar kan. Boleh katakan semua tempat makan full house...ramai orang lapar hari ni :)

Last choice, masuk oldtown. Dah nama suka kueteaw kan, order la benda ni dan air lemon honey. Not bad, harga termasuk service charge dan GST, rm15. Sesekali makan boleh la. Kalau banyak kali makan macam ni, macam tak berbaloi kan.

Curah semua kicap + lada kecik tu atas kueteaw dan menikmati la lunch dengan tenang.


ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...