Tuesday, May 24, 2016

khasiat aloe vera merawat sunburn







Nak kongsi tips merawat sunburn. Tips ni akak ambik daripada instagram ajaqs_couture. Actually sebelum2 ni pun dah banyak kali gugel pasal kaedah nak meredakan sunburn. Then anak dara akak yang aktif main kayak tu pun ada share, senior kayak dia cakap pakai aloe vera kat muka.

Well, budak kecik tu pun dah beli berbotol-botol aloe vera kat Guardian dan Watson. Memang hasilnya tak mengecewakan. Tak ambik masa yang lama untuk muka dia kembali macam biasa tapi jangan expect tinggi sangat, bimbang kecewa =).

Yang ni pulak still guna aloe vera kan tapi campur dengan yogurt dan jus timun. Bahan2 ni semua senang sangat nak cari kecuali daun aloe vera tu, maybe kena usaha sikit. Kalau nak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih. Campur semua bahan dan sapu kat muka. Biarkan kering 15-20 minit, then basuh sampai bersih.









Aloe vera ni banyak khasiatnya, akak share kat sini. Moga boleh jadi panduan ye.

  • Dapat mengubati luka terbakar, sapukan lendirnya pada luka.
  • Dapat mengeluarkan racun dalam badan, dengan meminum jus aloe vera.
  • Dapat menurunkan diabetes, minum jusnya secara rutin, dipercayai dapat turunkan kadar gula.
  • Boleh kurangkan jerawat merah yang besar, sapu lendir ke muka untuk seketika sebelum dicuci.
  • Rawat rambut gugur, kurangkan kelemumur dan cepatkan pertumbuhan rambut. Gosok isi daun aloe vera pada kulit kepala yang telah dicuci dan balut dengan kain (sebelum tido) dan bilas pagi esoknya.
  • Untuk orang lelaki, lendir aloe vera boleh buat sebagai gel cukur.
  • Rawat buasir, parut daunnya, tambahkan madu dan setengah cawan air dan minum 3x sehari.


Lagi satu, air aloe vera + buah epal hijau pun sedap diminum!





iphone yang hilang

Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (...