bayam masak merah?






Semalam sehari suntuk anak dara bermain polo air kat tasik titiwangsa. Tak pernah lagi main polo air katanya tapi semalam coach mintak tolong jugek sebab tak cukup korum. Maghrib la baru balik rumah. Terkocoh-kocoh la akak dengan SRK prepare dinner sebab lepas asar we all pergi merayau kat town dan terus pergi tasik, so tak memasak la lagi.

Masak secara gotong-royong, okay. SRK masak kari ikan tenggiri dan sayur bayam. Akak buat stew ayam versi akak dan goreng ikan dan masak nasi. Cepat sikit siap kalau bekerjasama ni, tak kisah la kan asyik berlaga montot sebab dapurnya tak beso =)

SRK yang last siapkan food, bila dah siap semua...akak buka tudung saji sebab nak prepare makan dah. Eh...bayam ni masak pesen apa...patut tadinya nampak SRK tumis cili boh dan bawang...ingatkan nak masak apa. Rupanya dia masak bayam masak merah atau sambal bayam, okay. Korang ada? hehe...

Ini first time akak makan bayam masak merah, biasanya akak masak bayam goreng atau masak tumis air jek. This time berbeza...dan tengok ler macamana rupa bayam tu, dah macam nak hancur...lembik sangat. Redha dan bertenang jek la..iye. Kan yang masak tu, husband...

Peace :)

Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL