Monday, May 30, 2016

KL International Canoe Polo Championship 2016








Last weekend akak cuma mengemas rumah jek, tak balik kampung. Lagipun anak dara masuk game polo kayak kat Tasik Titiwangsa. Actually nama dia tak ada dalam list pun tapi disebabkan ada senior pompuan yang tengah pregnant, so kelab terus calonkan nama dia. Kalau dah rezeki kan.

Well, ini penyertaan sulung dia dalam game ni. Training cuma sempat seminggu jek. Main kayak biasa dengan polo kayak memang banyak beza, perlukan skill yang lebih untuk kontrol kayak. Jenuh jugek la akak bagi support kat budak kecik ni, bagi semangat sebab nervous sangat katanya.








Banyak jugek team yang masuk, dari Singapore ada. Maybe game ni belum popular kat negara kita, that's why akak pun tak tau pasal game ni...sehingga la anak dara join main kayak.

Dalam2 tak expert tu, alhamdullillah dapat jugek masuk final, berentap dengan team dari Muar. Maybe skill belum mantap lagi, so memadai la dapat naib johan. Experience tu yang penting.








Second place, dapat medal dan dapat duit. Sejak anak dara main kayak ni, dah banyak jugek duit yang dia dapat collect. Alhamdullillah.

So, kepada sapa2 yang berminat nak main kayak, boleh cuba2 dulu kat Tasik Titiwangsa tu. Kalau rasa okay dan minat, boleh register dengan Kelab Kayak KL.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...