Wednesday, May 25, 2016

burgerbyte








Betul ke BurgerByte ni Zizan punya? Tagline dia "Inspired From The West To Asian Taste". Owh..okay gak tagline derang ni. Maksudnya macam hidangan barat yang sesuai dengan lidah asia la kan. Manage and operate 14 outlets (kalau tak silap) at Sentul, Damansara, Melaka, Shah Alam etc. Yang outlet kat Sentul tu, 5 mins from my house, senang nak pergi. Lokasinya berdepan dengan Ryan Bistro dan kedai dobi Rainbow. So, sambil uolls makan burger, uolls boleh basuh baju kat dobi tu.

Menu dia dah upgraded since last time akak terjah ke situ. Now, dah ada 19 jenis burger, 13 jenis pasta, 7 jenis steak, 4 jenis sosej dan 7 jenis beverage. 






Actually, malam tadi akak dan SRK melayan kehendak anak dara je yang nak makan burger kat BurgerByte, tak nak makan burger biasa. Okay, faham... Sebelum we all menerjah ke situ, akak dan SRK makan nasi dulu siap2 kat rumah sebab tak selera la nak makan burger sekarang ni. Lagipun SRK mana boleh tak makan nasi, mahu tengah2 malam kang dia masuk dapur cari food. Dah biasa makan nasi 2+1.

Rambang mata anak dara tak tau nak order yang mana satu...hehe..semua nak gayanya. At last makan yang itu jek, pakej sekali dengan air RM14.90. Akak dan SRK minum ice lemon tea jek, RM4 each. Western food dia not bad, okay la kalau sapa2 yang sedang tercari2 kat mana nak makan western food tu. Menu for kids pun ada, macam kat Chicken Rice Shop jugek.

Terbukti yang brand tu penting dalam bisnes kan. Dah ada nama, uolls jual la apa pun, mesti banyak respon.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...