Thursday, May 26, 2016

chicken kebab hadaramawt







Edisi makan2 lagi, asyik entri makan jek kan. Tengahari semalam teringin nak makan nasi arab. Gugel kejap buat survey harga dan lokasi. Ye la, kat KL ni kena ambik kira lokasi. Kena lokasi yang trafik sentiasa sesak, mahu pukul 3pm akak tak masuk ofis lagi...ngeeee =).

At last, pilih Hadaramawt belakang ofis akak ni jek. Harganya pun boleh tahan, nak kata murah tu..tak la sangat tapi okay la kot. Sebelum tu, nak promote Ramadhan Buffet kat situ. Dewasa rm29, budak2 rm19 jek. Murah kan, boleh la kalau nak rasa. Tapi akak suka makan kat rumah jek during Ramadhan, senang.








Sapa cakap rakyat Malaysia "tersepit" dan terpaksa belanja berhemah, kais pagi makan pagi dan kais petang mkn petang.... (eh...jangan marah ye!). Tengok kat restoran nasi arab ni, ramai jek orang kita datang makan kat situ. Sekali makan tau jek la harganya kan... 











Kalau nak makan open-air, boleh duduk kat area tu. Boleh smoking kot. Reminder: No smoking during fasting =)

Bab ni akak paling heran, boleh pulak orang lelaki tahan nafsu nak smoking masa bulan puasa...kan. Tu maknanya boleh la stop smoking terus. 




Akak makan chicken kebab ni, rm12 tapi memang boleh mengenyangkan perut.
Dalam tu ada chicken dan vege. Then, akak tuang sambal yang makan dengan
Lamb Mandy tu, baru ada feel.







Okay, ni set Lamb Mandy. Nasi dia memang banyak, boleh makan 2 orang. Lamb dia pun besar, puashati la nak makan. Siap pack nasi lagi, only rm7.













No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...