Salam Jumaat yang penuh barokah.
Jumaat bertemu Jumaat, baru berkesempatan nak update, tu pun kalau ikutkan angin vit M yang banyak dalam badan ni, mau tak update lagi.
Nak share sikit pasal kueteaw ni, kadang2 akak beli kueteaw mentah tu, ada yang saiz kecik, ada yang saiz besar sikit. Ada yang macam mudah hancur, ada yang macam keras sikit. Actually, kueteaw jenis apa yang paling best? Kalau ada yang nak share info dengan akak, please leave your comment, ek...appreciated.
Kalau dapat brand apa, lagi okay.
*******
Baru2 ni akak masak la kueteaw goreng. Biasanya akak masak kueteaw ni masa SRK outstation atau tak balik makan kat rumah. Sebabnya SRK tak minat langsung nak makan benda ni. Akak dan anak2 dara jek yang suka makan kueteaw ni. Best apa...boleh kenyang macam makan nasi jugek.
Nak cerita sikit pasal char kueteaw, jangan cakap akak tak payung...okay :)
Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.
Kalau akak nak makan kat restoran char kue teaw yang ramai orang melayu datang makan, akak singgah kat Sani Char Kue Teaw, Titiwangsa. Just on my way back, balik dari ofis boleh terus singgah. Ramai orang kat situ, selebriti2 pun selalu lepak kat situ kalau derang ada shooting kat tasik atau ada event kat Istana Budaya.
Sebab tu baru2 ni Keith Foo kantoi sebab akak tengok dia kat dalam tv macam tinggi dan sado tapi bila jumpa betul2, lerrr...rendah jek...hehe.
Peace :)
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...