Tuesday, April 26, 2016

temerloh for real







Ramai jugek kawan2 tanya kat fb etc..tentang keringnya air sungai Pahang sekarang ni. Ada yang cakap dah boleh main bola kat situ, ada yang cakap boleh lumba motor kat sungai Pahang tu. Macam2 versi cerita la ada. Ada yang betul, ada yang sipi2 betul dan ada yang kurang tepat.

Last weekend, kebetulan akak balik kampung kan, terus ajak SRK ronda2 kat tepi sungai Pahang, nak tengok sendiri apa jadi kat situ. Foto kat atas tu akak snap sendiri daripada dalam kereta. Sementara tunggu anak2 dara berselfie2 kat area bawah tu, akak sempat snap foto tu. 

Well, ada benarnya yang beberapa tempat dah nampak pasir jek, especially kat sebelah sana tebing sungai. Mungkin jugek sebab area tu dasar pasirnya agak tinggi. So, bila musim panas macam ni, area tu yang timbul dulu. Kalau bukan musim kemarau pun, akan timbul jugek tebing2 pasir tu. Cuma tak la seluas yang kita boleh tengok sekarang ni.

Kuasa Tuhan, tak siapa boleh menafikannya.

king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...