gulai tempoyak ikan patin







Usai sudah majlis doa selamat + menyambut menantu kat rumah mak. Sambut menantu "lama" sebab majlis nikahnya dah selesai bulan november tahun lepas. Alhamdullillah mak tempah food kat caterer jek sebab tak larat nak mengemas rumah kalau masak2 sendiri.

Menu of the day, daging masak opor, gulai nenas+ikan kering, ulam+sambal belacan dan ayam goreng berempah. Air sirap sejuk. Pandai dia buat air sirap, tak manis sangat. Akak suka gitu.





Mak tambah satu lagi food yang dimasak sendiri dengan air tangan mak, gulai tempoyak ikan patin. Limited edition, siapa cepat dia dapat sebab mak tempah 20 ekor jek ikan patin. Tapi rasanya orang tu sedekah lagi ikan patin, so lebih daripada 20 ekor la. Kami gotong-royong mencuci ikan patin sampai tak ada bau, hanya dengan air limau kasturi. Nak guna tepung gandum boleh jugek.

Kejap jek mak masak gulai ni, campak2 jek bahan2nya. SRK tukang kacau dan jaga api :)

*sebenarnya SRK yang tak sabo nak makan!





This is my family...cousins, daughters and SIL. Derang ni kalau tak selfie berbaris, tak sah. Yang available...yang tudung ungu tu, okay =)

Popular Posts