bubur nasi macam2








Okay, ni actually bubur nasi tapi dah berkali tambah air dan biarkan beras kembang gebus gitu. 

Cerita kelmarin ni, SRK hello said nak masak bubur nasi. Okay, no problem, masak ler. Kenyang jugek makan bubur nasi. Anak dara pun suka makan. Akak dah bayangkan bubur nasi SRK mesti bubuh banyak benda. Betul la macam yang akak bayangkan, macam2 ada dalam bubur nasi ni! Sampai susah nak makan nasi... =).






Ada kentang, ayam, sotong dan ikan bilis. Then masa makan, tanya SRK, letak daging ke sebab macam kunyah daging. SRK cakap tak bubuh daging tapi bubuh daging burger. Woha! Tak pernah lagi akak jumpa orang masak bubur nasi bubuh daging burger..hehe..kus semangat.

Walaucamanapun rasanya bukan tak sedap, sedap jek cuma akak tak minat kalau ada kentang dalam bubur nasi. So, dah "warning" jangan bubuh kentang lagi.

Side dish, beli otak2 kat tasik titiwangsa. Jumpa Keith Foo and wife kat situ. Tengok kat tv macam sado sangat tapi realitinya tak beso mana pun orangnya.

Well, selamat memasak bubur nasi :)


Popular Posts