Friday, April 29, 2016

Royal Perak River Endurance 2016







Sekali lagi anak dara akak join canoe competition and this time will be more challenging. Berdebar pulak hati ni bila izinkan anak dara pergi sebab kali ni buat kat sungai yang lebih besar. Mesti la lebih mencabar fizikal dan minda. 4 hari 3 malam pulak tu, tinggalkan ummi terkulat-kulat la weekend ni tanpa anak kecik. 

Tadi baru jek hantar anak dara ke tasik titiwangsa, tempat berkumpul. Nanti derang ke Kuala Kangsar naik kereta, perbelanjaan logistik ditanggung oleh Kelab Kayak Kuala Lumpur. Adeh...baru form 2 dah masuk competition. Umminya yang dah masuk era midi ni pun tak expert lagi nak swimming. Woha!




Tak ada apa lagi yang perlu akak cakapkan melainkan mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan anak dara dan dijauhkan daripada permasalahan. Nasib baik budak ni agak reti nak berdikari. Malam semalam dah siap list barang2 dan pakaian yang nak dibawa. Sebelum pergi tadi, dah buat check list mana yang patut.








Baju satu beg, barang2 sampingan satu beg. Suruh bawa satu beg jek, tak nak. Tengok tadi dah ramai jugek yang dah sampai, tengah prepare apa yang patut. Hopefully seniors yang ada boleh jaga juniors ni. In Shaa Allah.







Akak cuba memberi support pada minat anak2, ikut mana yang patut. So far dah nampak apa yang anak kecik ni minat, sports and movies. Maybe sebab karakter dia yang mudah bergaul dengan orang lain, tak berat mulut..then budak ni senang dapat kawan dan orang pun suka berkawan dengan dia. Alhamdullillah.

Best of luck, adik!
























throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...