Cara Memilih
Lipstick Bersesuaian Dengan Tona Kulit Anda
Pernahkah anda mengalami masalah
dimana anda sukar memilih warna lipstick yang bersesuaian dengan tona kulit
muka anda? Dan tahukah bahawa terdapat terlalu banyak warna lipstick yang boleh
anda temui di pasaran? Pemilihan warna lipstick yang betul dan bersesuaian
dengan tona kulit adalah amat penting dalam memastikan anda mendapat hasil
solekan yang menawan.
Berikut merupakan cara-cara atau panduan untuk anda ikuti
dalam pemilihan warna liptick yang bersesuaian dengan tona kulit anda;
1. BENTUK BIBIR
Pertama sekali, penting
untuk anda mengenalpasti bentuk bibir anda. Ini adalah kerana warna lipstick
yang gelap akan menyebabkan bibir anda kelihatan lebih kecil manakala warna
lipstick yang terang pula membuatkan ia kelihatan lebih besar.
2. SESUAI UNTUK SEMUA MAJLIS
Langkah kedua, pilih 1 warna yang
anda rasa paling sesuai untuk anda gunakan ke semua majlis atau acara. Jadikan
ia sebagai ‘emergency lipstick’ anda yang anda simpan di dalam beg anda dan
dibawa ke mana sahaja. Warna yang paling sesuai dan selamat untuk dibawa adalah
warna-warna natural.
3. KULIT CERAH
Untuk wanita yang berkulit cerah,
anda boleh memilih untuk memakai lipstick matte berwarna
cerah seperi merah, pink, nudes dan seumpanya. Warna-warna ini sesuai
dipadankan dengan complexion kulit anda yang cerah.
4. KULIT KUNING LANGSAT
Bagi mereka yang mempunyai tona kulit
kuning langsat pula, anda boleh tampil menyerlah dengan warna-warna lipstick
yang berani seperti fuschia, purple, peach, cranberry dan lain-lain lagi.
5. KULIT GELAP
Tona kulit yang gelap pula sesuai
dipadankan dengan warna-warna lipstick seperti merah gelap, ruby, nudes dan
elakkan memakai lipstick berwarna oren dan peach!
SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY
SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY
No comments:
Post a Comment
jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...