Wednesday, April 13, 2016

pasar rakyat medan mara, KL








Biasa dengar pasal Pasar Rakyat Medan MARA tu tapi tak pernah pergi sebab tak ada keperluan. Since dua minggu lagi my parent nak buat majlis sambut menantu, usaha jugek cari tailor yang boleh siapkan baju dalam masa 10 hari...gitu. Macam mustahil dah sebab orang dah sibuk tempah baju raya, mau nya nak layan baju nak pakai kenduri. Kalau ada, memang rezeki ler. 

Kebetulan my best friend nak tempah baju jugek, so we decided menerjah ke Medan MARA, kot2 ada rezeki kat situ. Seperti yang dijangka, memang tailors fokus kat tempahan baju raya jek. Okay la, surender. Kain yang plan nak pakai masa kenduri, tempah untuk baju raya. Siapnya 30.06.2016 nanti. Woha! Mau akak lupa dah time tu =)

Sebelum tu, we all tawaf dulu sekali dua dalam Pasar Rakyat tu untuk tengok2 dan kaji2 yang mana satu tailor yang nampak macam okay. Kalau tailor yang senyum pun tak nak bila customer datang kedai, rasanya reject la kot tailor yang macam tu. Tapi kalau tailor tu dari jauh lagi dah senyum dan memanggil kita, kebarangkalian itu la tailor yang kita cari. Well, at last singgah kat Heyroll Basry Tailor ni.

Akak nak tempah baju kurung Pahang tapi disebabkan kain yang akak bawak tu dari Bandung, ada sulam tampal siap2, tak boleh nak buat baju kurung Pahang. Tukar kepada baju kurung moden jek. Alamak...harus akak masuk gym hari2 ni kalau nak lawa pakai baju kurung moden :)

FYI, upah jahit baju kurung Pahang kat tailor ni cuma RM65.00, kurung moden RM90.00 dan baju melayu RM110, jenis cekak musang. So, uolls kalau still tercari2 tailor untuk buat baju raya, boleh terjah ke Pasar Rakyat ni. Berbaloi rasanya.

king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...