mamee chef tomyam








Tak tau pulak area rumah akak sekarang ni tengah catu air. Tak ada pulak nampak notis apa2 tapi weekend lepas memang haru nak basuh kain dan memasak sebab air kena catu. On saturday, air tak ada kejap jek, sempat la nak masak bagai tapi on sunday air tak ada sampai 7 jam. Pening jap.

Nasib baik sempat basuh kain satu round tapi tak sempat nak memasak. Angkut anak dara makan nasi ayam kat luar. SRK pulak ada keje kat luar. Nak makan pun kena hati2...jangan main belasah jek. Nanti sakit perut, mana nak ambik air. Sampai ke malam tak ada air. Last solution makan mamee chef tomyam ni, anak dara pulak masak maggi kari.






Tak la sedap sangat benda ni tapi nak makan jugek. Bila dah tengah makan, teringat pulak pasal sakit perut. Buatnya benda ni boleh efek kat akak sampai sakit perut, kes naya. Memang betul la sebab pukul 3.30 am perut macam sakit, memulas tapi layan jek...sampai rasa sakit hilang, akak tido semula.

By the way, air paip ada semula pukul 9.30 pm sampai la ke pagi. Nasib baik akak boleh mandi sebelum pergi kerja. Kalau tak, ada akak mandi kat ofis jek...Woha!

Peace :)

Kalau nak happening, makan mee ramen korea yang sangat pedas tu tapi cari la yang halal ye..

Popular Posts