Friday, March 25, 2016

temerloh @ global warming








Salam Jumaat yang penuh barokah.

Semalam my SIL yang duk Lipis tu tanya, betul ke sungai Pahang dah jadi macam ni??

Last kami balik ke bandar ikan patin, on 18-20 Mac 2016, few days ago. Ada lalu tepi sungai Pahang, saja lalu situ sebab nak cari gerai cendol sebenarnya, bukan nak tengok sungai. Tapi tertengok sungai jugek la sebab dah depan mata kan.

Round town sebab survey kedai jual shawl dan my mom bercadang nak makan cendol. Jenuh jugek la cari gerai jual cendol..hingga la ke tepi sungai Pahang tu tapi nampaknya tak ada rezeki.

Then, nampak budak2 main kat tengah sungai...(??), owh...dah jadi macam padang bola gayanya. Air sungai kering.





Pernah jugek dulu air sungai agak kering dan budak2 boleh main2 kat atas pasir tu, then macam ada "pesta" pulak kat situ. Kuasa Allah SWT, tak siapa yang boleh melawan kehendakNya. Biar pun waktu musim tengkujuh, air sungai Pahang ni bagaikan lautan tapi bila musim panas, macam ni la rupanya.

Fenomena macam ni menarik perhatian warga tempatan, gerai2 minum kat tepi2 sungai tu sentiasa penuh dengan pelanggan. Bot2 penambang yang ulang-alik ke seberang pun terpaksa mencari port yang sesuai untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Kalau ada orang nak berenang pun boleh..gayanya.

1 comment:

  1. Mmg panas sungguh cuaca sekarang ni....perit kulit.
    Tak de rezeki nak menyedut cendol nampaknya, tak perlah dpt layan shawl pun best jugak hihi...

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...