Thursday, March 24, 2016

santai @ artwood






Lama dulu this place tempat makan/minum biasa2 je, ada few wakaf dan kerusi/meja macam gerai2 lain jugek. But lately, with somebody's support, tempat ni dah bertukar wajah. Dah jadi ceria dan unik, boleh lepaking. Rasanya banyak jugek kos yang dikeluarkan oleh taukenya hingga jadi macam ni. Nice place to lepak.





Tempat ni kat depan Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay. Ini la tempat yang kerap akak lepak + minum dengan kawan2 selepas selesai sesi exercise kat gym. Punya la dah biasa dengan budak2 waiter kat situ, even kalau tak bawak duit pun, still boleh minum/makan. Pay later la. Regular customer kata derang. Kalau 3-4 hari tak jengah situ, rasa macam tak complete...ewah...iye ke... =).





Kat situ ada masakan panas, kalau datang time lunch hour, boleh makan nasi kukus dengan ayam. Akak selalu request lamb or chicken chop, tak dapat2 lagi ni sebab still tak ada dalam menu...hehe. Kalau untuk minum petang, ada roti bakar, french toast, cekodok pisang dan pisang goreng, panas2 lagi. Laksa pun ada.






Since tempat ni sebelah Hotel Royale Chulan, kat situ dah jadi tempat lepak driver2 VIP. Kadang2 berlonggok driver2 ni sementara tunggu bos2 derang. Budak2 yang kerja kat hotel tu pun selalu turun makan kat situ, mungkin sebab harga lebih sesuai.






Dibina bertingkat2, ada corner untuk privacy, ada yang untuk group...it depends to you. Dah banyak kali jugek orang luar booked untuk buat birthday party kat situ. Malam pun still available.





Pic selepas hujan, 1st time akak menapak naik ke tingkat atas untuk feel yang berbeza =))



1 comment:

  1. Kat Jalan Conlay tu rasanya mmg tempat tempat VIP....dekat Restoren Seri Melayu tu kan....
    Tempat pun nampak kelas dan cantik...Memang best sangatlah lepaking dan chating chating kat situ

    ReplyDelete

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...