Friday, March 11, 2016

sentap tu tanda sayang









Risau kalau cakap2 akak, ada orang lain yang sentap, walaupun akak cakap main raban jek, tak tembak sapa2 tapi itu la...rambut sama hitam tapi dalam hati sapa yang tau =)

Bak kata sesetengah kawan, kalau sentap tu tandanya sayang. (????)

Akak jenis cakap direct, apa yang keluar daripada mulut, itu la faktanya. Bukan kat mulut lain, kat hati lain. Kadang2 tak perasan yang kata2 tu menyentap orang lain. Tapi tu tandanya orang lain mengambil perhatian terhadap kita..kan.

Kalau ikutkan maknanya, sentap tu dah macam marah. Berbuku kat hati, marah atau geram la tu. Ada something yang macam tak lepas. Kita lepaskan marah dengan pelbagai cara. Ada dengan cara maki hamun orang, lempar barang, diam seribu bahasa..dan ada jugek yang lepaskan geram dengan menulis..tu semua normal.

Di hari Jumaat yang mulia ni, jom akak sharekan ubat untuk meredakan kemarahan kita. Ye la...kalau asyik nak sentap atau marah, boleh stress dan stress tu punca kepada penyakit. Baik kita coolkan diri, ada jugek manfaatnya.

Tak nak bagi contoh orang lain, akak bagi contoh diri sendiri. Kalau akak marah, memang akak berdiam diri dalam tempoh yang agak lama, buat hati kering. Hati kering ni maksudnya akak tak pedulikan persekitaran, ambik masa untuk bertenang. Sebab apa? Sebab kalau akak terus bercakap, mungkin ada words yang keluar daripada mulut akak, tak begitu disukai oleh orang lain. So, lebih baik diam..kan.

Actually, it depends on how we manage the situation.





Marah boleh membuatkan otak mengeluarkan hormon noradrenalin beracun dan menyempitkan pembuluh darah. Sama2 kita beringat. Teringat pesan seorang sahabat yang rapat, kalau rasa stress dan marah, perasaan tu akan reda bila kita bersolat. Contohnya..kalau kita marah pagi tadi, kita solat zohor...reda sikit marah tu. Then, jumpa pulak dengan solat asar...makin reda marah. Jumpa lagi dengan solat maghrib dan isyak...lagi reda rasa marah tu. At the end, kita boleh tido dengan lebih tenang.

Bayangkan..buruknya kita semasa marah :)

Peace.





ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...