Thursday, March 17, 2016

juadah bajet








Just to remind, 06.06.2016 adalah tanggal kita mula berpuasa di bulan Ramadhan. Macam biasa, ada lagi saki baki puasa yang tak berganti. Eh...jangan ingat pompuan jek yang kena ganti puasa, lelaki pun ada "ponteng" puasa kan...jangan buat2 lupa pulak.

Kalau bulan puasa, belum tengahari lagi dah pikir nak masak apa untuk juadah berbuka puasa. 10 minit tu mesti buka blog masakan, nak cari idea untuk masak. Last2 on the way balik rumah, singgah bazar Ramadhan jugek.. =)

Tapi kenapa ye kalau ganti puasa, tak de la akak nak mencari idea bagai nak rak pasal menu nak berbuka puasa. Cukup la makan nasi dengan kari ayam, ikan kering dan ulam pegaga cicah dengan sambal kicap. Sebelum tu makan kek chiffon beli kat 7E dan nescafe latte. Hidangan macam ni sama kenyang jugek dengan hidangan yang hebat2 masa bulan Ramadhan tu.

Tu la namanya nafsu, kan. Nafsu nak membeli, nafsu nak memasak dan nafsu nak makan. Sudahnya makan banyak tu la jugek.

Eh..nak share sikit khasiat ulam pegaga ni. Yang ni akak beli kat pasaraya OTK, daunnya lebar...pahit giler. Khasiatnya banyak, untuk awet muda, kecutkan peranakan, lancarkan peredaran darah, tambah kekuatan fizikal, hilangkan bintik2 hitam kat muka, kurangkan berat badan, rawat demam dan penyakit nyanyuk, rawat pompuan lepas bersalin etc.

Tapi kena konsisten makan ulam pegaga ni, baru la ada hasilnya ye. 

Peace :)







throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...