from Bota to Kuantan, with luvs








Usai sudah majlis kawen adik sepupu di Kuantan, sabtu lepas. Banyak dugaan kali ni sebab kena tipu dengan pembekal canopy dan catering. Actually pakej sekali dengan mak andam dan mak andam la yang jadi dalangnya. Macam2 orang buat zaman ni, nak cepat kaya kot. Tak tau macamana derang ni menipu orang tapi tak rasa guilty pun.

Last minute, nasib baik dapat ganti dan alhamdullillah majlis berjalan seperti biasa. Teringat kata seorang sahabat...jangan percaya sangat pada orang walaupun orang tu dah lama berkawan dengan kita. Kalau dah kawan lama, mesti la sincere kan.






Ni hantaran pompuan kepada lelaki, tengok ler apa yang budak lelaki ni nak =).

Jarang2 tengok tapi memang ada orang buat PS sebagai hantaran kan. 






Waahhh...hantaran ni buat anak2 akak "terliur". Ewah...kecik2 lagi dah berangan nak pakai itu dan ini, pengaruh gajet kan.





Suka tengok jam tangan ni, menarik pilihan pengantin lelaki. 






Kasut pilihan pengantin pompuan, sweet jugek colornya. Akak minat jugek kasut macam ni sebab akak memang peminat wedges.






Barang2 kecantikan of coz kena ada kalau buat hantaran, baru la macam lengkap. Since kulit muka pengantin pompuan ni agak sensitif, jerawat senang naik...so kena pilih betul2.

Semoga derang ni kekal bahagia hingga ke Jannah.

Eh...akak nak bagi tips sikit untuk uols yang ada masalah jerawat senang naik ni. Cuba cari facial cleanser yang berasaskan tumbuh2an, natural gitu. In Shaa Allah ada impak yang positif. 


Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL