Wednesday, March 30, 2016

gym lagi









Errkk...actually berat badan dah naik 2kg, dah cecah berat yang akak tak jangka dan ukuran pun macam dah lebih. Buat2 terkejut tapi sebenarnya dah realiti dan dah terasa ketat bila pakai certain baju / jeans. Ada jugek terima beberapa gurauan sinis pasal figure yang dah berubah. Tak sentap tapi diri sendiri terasa yang something perlu dilakukan. Lagipun apa jadi kat baju2 yang dah malas nak dipakai tu kan... :)

Bila lama stop buat exercise, memang malas giler nak mula balik. So petang semalam after ofic hour, akak mula balik. Buat workout yang heavy sikit, 20 mins cycling, 30 mins kat threadmill, buat 3 set sit-up (30 / 1 set) dan buat light plank exercise untuk perut. Then malam tadi bila dah nak tido, terasa perut ni "stress". Itu maknanya exersice tu berkesan.





Ramai yang buat exercise untuk kurus tapi boleh tak kita betulkan sikit target dan persepsi kita tu. Exercise untuk fit dan sihat, bukan setakat untuk nampak lebih slim. Exercise boleh mengecilkan saiz ukuran tapi berat badan still maintain. Tapi rata2 orang target untuk turunkan berat badan tapi saiz tetap sama. Kurus tapi tak sihat, memudaratkan diri kita jugek kan.

So, akak prefer kecikkan saiz ukuran, contohnya ukuran pinggang, rather than kurangkan berat badan tapi ukuran tetap sama. Meaning before you go for workout, saiz pinggang 32, then after few months workout, still maintain 32... what for kan?






Try kita tengok bacaan BMI kita, kat mana kedudukan kita sekarang. Akak perlu bekerja keras untuk dapatkan normal weight tu, baru sesuai dengan ketinggian. Jangan sampai kita termasuk dalam extreme obesity, bila dah kat situ, forsure penyakit pun datang.

Peace :)




No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...