rambut sama hitam






Biasa dengar penyewa yang suka buat hal kat rumah yang disewa kan. Tapi owner rumah pun ada jugek perangainya. Rumah akak yang dikatakan kondo tu tapi mungkin belum boleh disebut kondo, owner memang macam susah nak bertolak ansur walaupun sama bangsa dan agama. Rambut sama hitam kan tapi dalam hati perut, tak ada sapa yang tahu.

Grill pintu masuk rumah sejak akak masuk rumah tu, memang rosak dan tak dibaiki. Bila kita nak baiki sendiri, owner tak setuju. Bimbang kita main harga, nanti tolak sewa rumah banyak sangat. Tunggu owner cari sendiri tukang baiki grill, dah masuk setahun...tak jugek baiki. 

Ada lagi yang dibiarkan rosak, lampu yard dan balkoni, paip air dalam kedua-dua toilet. Mana boleh jadi kan kalau paip air rosak, lepas tukar paip lain, akak send bil beli paip air baru kat owner. Jangan cakap RM140.00, 14 hinggit jek uolls. Yang 14 hinggit tu la owner gagal nak baiki.







Perihal penyewa rumah akak kat Kuantan tu pulak, lepas tak bayar sewa dua bulan, terus cabut lari dengan kunci2 rumah sekali. Rumah pun tak semenggah dengan paip air patah, dinding berlubang etc. Kecewa kami dengan perangai manusia macam ni.

Ahad lepas kami dah bersemuka dengan bekas penyewa yang macam baik hati ni. Penyewa "serah diri" bila kami ugut nak buat kes polis. Bila tengok muka budak tu, akak rasa macam nak pecahkan kepala dia jek lempang jek muka dia sebab muka dia macam tak bersalah. Nasib baik ada SRK yang cool, boleh tenangkan keadaan.

Sebab apa akak rasa nak lempang muka dia? Sebab tengokkan bil eletrik yang terakhir dia tinggalkan, ada RM1,000 ++ dan bil air RM140. Yang lawaknya, wife dia siap nak claim kos cat dinding2 rumah yang jadi kaler hijau tu. Ini la akibat tak faham isi kandung agreement kan, sendiri mau cat, sendiri la tanggung kan :)

At last, dia setuju untuk selesaikan semua masalah. Tengok nanti macamana, nak tengok dia buat ke tak sebab nak bayar sewa rumah pun payah. 

Rambut sama hitam kan. Boleh kena darah tinggi ni.

Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL