Thursday, November 12, 2015

menu lepas deepavali







Selesai bengkel ISO yang kelam-kabut tu, akak balik ke kampung untuk persiapan hari bahagia adinda tersayang. Isnin saja ambik cuti untuk melengkapkan cuti empat hari akak dan family. Empat hari cuti macam sekejap jek rasanya.

Tuhan itu Maha Mengetahui, plan asal akak nak tambah cuti hari Rabu sebab ada hal tapi oleh kerana SRK pun ada hal, so kami balik ke KL petang Selasa. Highway agak clear sehinggalah turun dari Genting Sempah hingga ke tol Gombak. Kat situ jek dah 40 minit. Kata la akak balik petang semalam, mungkinkah akak stranded kat highway disebabkan tanah runtuh...?? Alhamdullillah kami balik awal sehari. Moga semua yang stranded tu berada dalam keadaan baik2 jek.

Well, SRK layan first class balik dari kampung sebab dia yang masak semua lauk. Woha! Dia masak gulai masam ikan patin (all time favourite), dia masak ayam percik dan buat salad versi dia. Dessert makan buah mangga sebab pokok mangga kat kampung tak abih2 lagi berbuah.

Rezeki kami.



No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...