Friday, November 6, 2015

ISO pulak






Dua hari ni, akak kena attend Bengkel MS ISO 9001:2008. Tak semua orang tahu dan minat dengan ISO ni kan, menyampah ada la sebab nak kena buat dokumen itu dan ini. Melihat sejarah, sebenarnya akak dah "berkecimpung" mengendali ISO ni sejak umur akak 26 tahun lagi.  Hingga la dah kawen dan beranak-pinak, still jadi pentadbir ISO. Nak muntah hijau dah rasanya bilamana susah nak bagi orang faham tentang keperluan benda ni. Semuanya tentang certificate. Woha!

Era penjimatan uolls sekarang ni. PM cakap dalam bajet itu hari, macam tak potong bajet yang melibatkan kami tapi bila tiba hari kejadian, bajet dah tinggal sikit. So, buat bengkel ISO ni pun kat tempat yang murah jek, The Zon All Suite & Residence, Jalan Ampang. Driving 5 minit dari ofis akak. Memang we all synonym dengan hotel ni.

Eh, kuih yang colourful tu sedap tau. Bingka ubi sebenarnya tapi derang bubuh colour. Ingat nak ambik lagi kuih tu tapi rasa macam shy-shy gitu. Apple crumble tu pun sedap, makan dengan kuah kastard. Kuih lapis tu dah common dan satu lagi tu kuih apa entah tapi sedap. Kalau attend kursus atau bengkel, tu maknanya akak kena ready untuk tambah berat badan.

:)

Happy Deepavali. Masa untuk berehat panjang.

king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...