Friday, November 20, 2015

anugerah bintang satu @ star one





Musim anak dara berkayak telah bermula lagi, walaupun sekarang ni musim hujan. Budak2 ni tak kira hujan ke tak, nak main jugek. Ada target katanya, nak masuk competition. Amboii...bukan main lagi ye. Kalau ujan, buat training kat dalam building. Kalau tak hujan, baru la masuk tasik.

So last weekend, budak2 ni ambik test untuk dapatkan sijil bintang satu berkayak. Kira macam kalau kita masuk taekwando jugek la kan...ada dapat tali pinggang itu dan ini. Berkayak pun ada jugek level2 dia sendiri. Dua hari sabtu dan ahad, full day budak2 ni duk kat tasik. Muka dah terbakar macam udang bakar. Tapi ada derang kisah.





I think berbaloi la kot dengan usaha dan komitmen budak2 ni main kayak. Anak dara siap baca nota sebelum test. Ada jugek nota ujian rupanya. Then next day ada test. Alhamdullillah semalam result dah keluar dan anak dara akak lulus ujian tu. Happy sakan ler, tidur pun senyum.

Test tu dibuat secara praktikal, main kayak kat tasik. Tak mudah kot untuk lulus dalam ujian tu sebab akak tengok macam2 kena buat. Tapi anak dara yang sorang ni memang kental jiwa dia, tak cepat give-up. Maka dapat la hasilnya.

Well, kita as parents kena bagi support pada minat anak2. Yang mana baik, kita support. 

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...