Monday, October 19, 2015

wedding & reunion



2 dalam 1, gitu la yang boleh akak katakan bila bertemu dengan kawan2 lama kat kenduri kawen kawan, sabtu lepas. Biasanya kalau kami plan nak buat reunion kat mana2, mesti susah betul nak jumpa ramai2. Yang datang berapa kerat jek, maybe disebabkan lokasi reunion atau tarikh yang dicadangkan. Tapi bila mendapat jemputan kawen, alhamdullillah this is the best time nak jumpa kawan2. Orang mesti pergi jemputan kawen.

Ramai yang datang tanpa pasangan, bawa anak2 jek, termasuk la akak sendiri. SRK ada meeting pada waktu yang sama, so dia suruh akak layan diri ditemani oleh anak dara yang sorang tu. Walaupun kurang mahir dengan jalan2 sekitar Lembah Klang ni tapi akak main terjah jek. Nasib baik tak sesat.





Ni semua kawan2 kat business school dulu. Memang happening bila jumpa balik ramai2, ada yang tak berubah muka...ada yang berubah saiz... ada yang berubah style etc. Sorry to say, yang pompuan nampak vogue2 lagi tapi yang lelaki...hmmm...tak reti nak jaga perut =). 

Walaupun ada yang dah jadi boss, ada yang memilih untuk jadi housewife, kerja gomen dan swasta, bisnes sendiri tapi bila jumpa macam ni, jawatan2 tu semua letak tepi. We are friends. Siapa la kita tanpa kawan2...kan. 

Alhamdullillah akhirnya kawan akak ni bertemu dengan the other half walaupun umur kami sebaya. Jodoh dan pertemuan segalanya ketentuanNya. Pengantin baru ni dah pun selamat tiba di Hong Kong untuk sesi honeymoon. Semoga berbahagia hingga ke Jannah.


workout by your name

Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada ...