calon SPM2015



Jumaat lepas akak ambik cuti, khas untuk menghadiri perjumpaan dengan cikgu sekolah anak dara yang calon SPM 2015 tu. Pentingnya nak bagi moral support kat anak yang nak tengah nervous dan stress sebab SPM dah tinggal kurang lebih dua minggu jek lagi.  Maka, ummi uruskan anak dara yang besar, manakala abahnya uruskan anak dara yang kecik. Anak dara kecik tak boleh nak dipontengkan sekolah walaupun dah dapat cuti free empat hari angkara jerebu.

Hari jumaat tu la jugek cikgu dia nak buat exam akhir tahun, walaupun jadual exam tak bagi lagi. Zaman ni, cikgu bagi info thru whatsapp dan thru wechat jek. Camna pulak kalau ada anak2 atau parents yang tak ada wechat??

Either cikgu dia suka atau tak suka, akak terus whatsapp cikgu untuk bertanyakan hal yang sebenar. Panjang lebar cikgu explain tapi okay la...boleh terima :)



Subjek utama foto :  KUCING

Drived alone to Bandar Ikan Patin di pagi jumaat memang tak ada masalah. Terus ke sekolah anak dara tapi akak antara ibu / bapa yang terakhir berjumpa dengan cikgu. Berbincang sedikit sebanyak dengan cikgu, nampaknya cikgu suka speaking masa berbincang. Owh...cikgu kelas English rupanya =).

Alhamdullillah potensi untuk score banyak A tu ada. Setiap student memang ada potensi untuk score, tambah lagi usaha daripada diri sendiri tu penting, solat kena jaga, doa banyak2 kepada Allah SWT dan selebihnya baru la tawakal. In Shaa Allah.

Doakan yang terbaik untuk anak2 kita.







Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL