Thursday, October 15, 2015

kerabu perut by SRK




Dah lama tak makan kerabu walaupun kerabu is one of my favourite foods. Petang semalam, sementara tunggu anak dara training kayak kat tasik titiwangsa, akak cuci mata kat Setapak Sentral. Memang ada niat nak cari present untuk wedding kawan, sabtu ni. Then, niat juga nak cari belt untuk anak dara dan beli barang dapur sikit2. Alhamdullillah SRK pun free dan boleh temankan. Tak best jenjalan sorang2..kan.

Eh, punya la ramai orang kat tasik titiwangsa, petang semalam. Tak ada function atau program apa pun tapi car park memang full. Sesak dengan orang ramai, balas dendam kot nak keluar bawa famili pergi rekreasi. Couples bukan main ramai lagi...seronok ek dating kat tasik =).






Sampai kat Setapak Sentral, SRK pulak yang lebih2 nak survey kasut sukan. Dia tengah giler main badminton, lepas tu berangan nak jogging kat tasik. Bagus la tu kan untuk kebaikan bersama :).

Lama juga we all ronda2 kat situ. Owh...sekarang dah ada buskers kat situ, tak kira maghrib ke apa, they all semacam jek menyanyi. Please la sensitif sikit, kan. Hormati waktu solat.

Masuk ke Econ Save, SRK terus capai bakul...ewah..kalah makcik. Terus pergi beli perut lembu, nak buat kerabu katanya. Okay, I follow. Dia memang suka makan kerabut perut. Dulu2 dia makan perut rebus ni cicah gitu jek dengan budu. Setel dua pinggan nasi.

Balik rumah terus rebus perut ni, sebelum tu basuh dulu dengan tepung dan cuka. Actually perut tu dah pun bersih dan putih, so kita ulang basuh lagi untuk lebih bersih. Lama merebusnya dekat sejam gitu, tu pun still keras. Eloknya rebus selama sejam setengah, pastu baru la potong2 untuk dibuat kerabu. Kerabu simple ni perut + timun jepun + tomato + cili api + ikan bilis + air limau kasturi + garam + gula. Siap untuk dihidang.





pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...