late breakfast








Rezeki bila balik kampung, mak dah ready dengan buah mangga. Ini la untungnya kalau duduk kampung, boleh tanam sendiri pokok buah-buahan. Sebakul mak ready untuk akak dan abang long yang kebetulan balik kampung jugek. Banyak betul buahnya, sampai mak dan abah tak termakan. Akak tak tolak sebab ni memang favourite akak. Boleh makan macam tu jek ataupun buat sambal mangga. Memang menambah nasi la....






Biasanya during weekend, we all akan breakfast lewat sikit. Kalau hari kerja, pukul 8 pagi dah berduyun pergi breakfast tapi hari sabtu dan ahad, pukul 10 baru nak breakfast. SRK pulak nowadays nak kurangkan breakfast yang heavy, kononnya la. So, kalau akak masak roti tu, memang sesuai la. 

Masak roti telur yang digoreng dengan hirisan bawang merah dan lada merah. Goreng dengan marjerin atau butter. Masak tujuh keping, sekali hadap jek dah licin. Telur separuh masak macam dah jadi wajib setiap minggu, makan sebijik sorang. Kalau terlebih masak, anak dara reject pulak. So, didihkan air, bila dah didih, masukkan telur dan matikan api dapur. Rendam dalam 20 minit, untuk telur gred A. Kalau telur gred B ke bawah, saiz agak kecik...memadai rendam 15 minit. Ni versi akak.

Ramai kan yang failed buat telur separuh masak?? Kan..kan...kan...sebab dulu2 akak pun failed =).

For dessert, of coz buah mangga fresh from my village.

Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL