Friday, October 2, 2015

gym lagi



Dua minggu sebelum raya memang tak sempat nak masuk gym, banyak hal nak buat. Akak masuk gym bukan la nak bagi body jadi sado tapi nak bagi body ni fit sikit, nak bagi lemak pecah sikit2. Kalau nak slim, kena exercise hari2 uolls tapi kalau nak bagi fit jek, tiga kali seminggu dah memadai. Uolls jangan ikut orang lelaki exercise, pengsan. Cukup la dengan cycling 20 minit, fast walking 30 minit. Kalau larat boleh jogging kejap. Then buat sit up 30 kali, 10-10-10. In Shaa Allah body akan rasa lebih selesa dan fit. For our own healthy.


Minggu ni ramai pulak orang kat gym, maybe sebab derang nak elakkan exercise kat luar, jerebu. So, berebut nak guna equipments. Sesak pulak rasanya.






Once kita nak mulakan exercise atau dah mula exercise tapi stop for a few days or weeks, memang sakit la nak mulakan semula exercise. Tapi bila dah mula, jadi ketagih. Exercise bukan untuk orang lain tapi untuk kesihatan diri kita sendiri jugek. Kalau pergi kat tasik titiwangsa tu, macam2 jenis exercise yang orang buat. Seronok tengok. Even makcik yang ada anak kecik pun datang untuk main basikal dan letak anak kecik dalam tempat duduk khas kat basikal. But not for babies, okay.

That means kalau nak buat exercise, kena ada pengorbanan sikit. Korbankan masa kita sikit. Nak masuk gym rasanya tak mahal sangat. Apa la salahnya bayar sikit untuk upgrade tahap kesihatan kita. Alangkan handbag gucci boleh beli...kan.






You know something, if uolls tengah heart broken atau stress dengan environment or orang lain, buat la exercise sebab ini salah satu cara untuk redakan rasa stress tu. Lepas exercise akan rasa release, walaupun sedikit. Ada bonus lagi untuk body kita, kan.

Untuk yang lonely in the night, malam pun sesuai untuk exercise. Lepas solat isyak, boleh masuk gym dan exercise. Lepas exercise mesti nyenyak tidur sampai pagi. 






Buat exercise kat gym kena fokus supaya kita dapat capai apa yang kita target. Kalau kita asyik berborak dan bergosip dengan kawan2 yang lain, kita dah kurang fokus pada exercise sebab minda nak fokus jugek pada gosip...hehe. Akak memang kurang suka kalau banyak sangat conversation dalam gym. Sikit2 tu, okay. Tapi kalau nak selamat, pakai earphone or headphone, pasang music dan kuatkan sikit volume. Confirm orang tak kacau dan kita boleh fokus.






Kannn....dalam perkahwinan kita tak boleh menipu, kena jujur dengan pasangan. Sama la kalau kita buat exercise. Kalau kita menipu, hasilnya juga akan mengecewakan. Then, jangan pelik tengok orang lain dapat hasil yang memuaskan. Tak perlu tipu diri sendiri, yang nak sihat diri kita juga.

Okay, jangan cakap akak tak payung ye :)


mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...