Tuesday, September 15, 2015

TTS @ teh tarik place







Sekolah tutup hari ni sebab jerebu makin teruk, walaupun hujan turun dengan lebatnya malam tadi. Kalau akak tidur, mesti off data. So segala macam maklumat, akak baru baca pagi tadi. Itu pun kalau on data cepat2 sebelum pukul 7 am. Entah macamana, pagi tadi on data agak cepat, 6.30 am dah on.  Baru la baca info tentang sekolah tutup. 


Anak dara okay sangat kalau tak sekolah time jerebu macam ni sebab dia kurang selesa dengan keadaan. So, ummi belikan breakfast siap2, nanti tengahari samada ummi or abah yang akan hantar lunch untuk adik. 






Jerebu teruk, keadaan trafik pun jadi teruk. Eh...pembetulan. Jerabu tak teruk pun, trafik tetap sesak. Construction merata sekarang ni. Akak nak balik rumah yang hanya 8KM dari ofis pun...makan masa sejam gitu. So, petang semalam malas nak layan kesesakan kat Jalan Tun Razak, akak melencong ke Teh Tarik Place, one of my favourite place. Suka pada keadaan restoran ni, tak messy dan tak kecoh dengan pelanggan. Interior design yang menarik.






Akak memang lapar time tu sebab semalam pukul 11 am dah lunch sengsorang kat cafe. So, bila masuk pukul 6 pm gitu, perut dah mula berbunyi. Well, dah lama tak makan maggi goreng. Actually maggi is a brand. Tapi kita2 ni kan memang dah tune dalam mind ni, asal mee kering macam tu, kita panggil maggi kan, walaupun brand dia mamee or vit's etc. Setuju?

While my loved ones makan roti bakar jek sebab dia nak bedal nasi pulak malam nanti. Dalam kalut2 nak balik tu, sempat lagi luang masa kejap kat situ. I think food kat situ dah naik harga la. 






Tak lupa kat anak dara kat rumah, bungkuskan nasi goreng cina. Owh...Teh Tarik Place dah buat improvement. Kalau dulu2 derang bungkus dalam polysterin jek tapi now dah ada packaging box, macam kfc dan mcd. Nampak lebih proper rasanya.

Total TTS petang semalam, RM28.20. Okay jek sebab orang yang belanja.
Woha!!

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...