the best cooker at home










SRK memang rajin memasak, ni ayat bodek kot :)

Dah makin kurang kot kategori suami yang sudi memasak macam ni bila isteri balik lewat. Bukan masak satu jenis tapi empat jenis. Alhamdullillah. Tak memaksa dan tak meminta. Kalau pengantin baru atau baru setahun dua kawen tu, mungkin la suami nak tunjuk loving2 dengan isteri, so tolong la isteri masak. Tapi it's already 18 tahun. He is sincere to help.

Biar la buruk rupa kan tapi asalkan sedap dimakan. Ikan siakap sweet sour, gulai lemak tauge + ikan tumbuk, ayam goreng berempah dan salad timun. Complete to serve. Much appreciated. Akak sampai rumah boleh terus makan jek. Dah siap makan, tugas kita la pulak nak basuh pinggan dan mengemas dapur bagai. Kalau SRK memasak, selepas aktiviti memasak dia tu, keadaan kat dapur agak mengharukan....hehe. So, kena kemas semula apa yang patut.





Goreng macaroni versi budak2 (sebab tak boleh letak sayur), untuk anak dara bawak bekal untuk breakfast. Akak tapaw sekali bawak pergi ofis. Buruk pulak gambo bila snap guna kamera B612 ni...ke...handphone akak yang koman.

Petang semalam cari daging kisar untuk masak macaroni ni tapi ayam kisar jek yang ada. Boleh la tapi kurang feel la kot guna ayam kisar ni. Bila makan tu, tabur serbuk black pepper.







Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL