Tuesday, September 29, 2015

simple aidil adha



Tahun ni rasanya sambut aidil adha ala kadar jek. Masak pun ala kadar, tak masak macam2 sangat pun. Masak nasi impit dan kuah kacang, beli sebatang lemang jek, pastu my mom masak pulut kuning dan rendang. Tengahari, akak masak nasi beriyani, requested by SRK dan anak2. Ada incident masak nasi beriyani kali ni, nasi tak mbuh masak2 =).






Pulut tu untuk ganti lemang sebab kalau masak lemang, banyak kerja. Mana nak cari buluh lagi, leceh sikit. So masak pulut jek, okay jek kan. Nasi goreng tak tinggal sebab ada permintaan.





Akak malas nak menganyam ketupat, jadi beli nasi impit instant. Memang clear stok nasi impit instant kat supermarket, sampai susah nak cari. Orang nak senang jek sekarang ni. Tapi kalau raya puasa, wajib akak masak ketupat daun nyiur. Sentimental value gitu.





Hari tu sebelum raya dah masak nasi beriyani kat rumah akak sendiri, guna rice cooker jek. Masak cantik jek tapi bila guna kaedah yang sama memasak nasi beriyani kat rumah mak, nasi tak masak2. Terpaksa transfer ke periuk biasa dan masak guna dapur gas.  Salad kobis ungu campur2 tu, SRK yang buat. Okay la orang nak tolong kan.






Masak kuah dalca ayam tapi ramai yang tak makan sayur terung. Budak2 ni duk kutip ayam dan kentang jek dalam dalca. Patut bubuh kacang dal kan tapi sebab asyik lupa nak beli, masak la dalca tanpa kacang dal. Kureng la sikit rasanya. Nasib baik tak hidang kat tetamu :)






Tepek gambo kuali terus...hehe. Nak makan nasi beriyani kena ada ayam masak merah. Part ni SRK tolong goreng ayam, semangat bekerjasama kena ada sebab sama2 nak makan :).

Masak ayam ni tak susah mana kan, semua dah expert kan. This time akak guna cili boh yang jenis pedas sikit, terangkat semua bila makan. Tapi anak2 suka yang pedas2.





Rendang yang mak masak memang terbaik dari ladang, mak2 sedara dan sepupu2 pun cakap sedap. Air tangan mak kan, camna nak lawan. Semua bahan complete, sebab tu rasanya pun complete.

Okay, simple jek kan menu raya haji kami. Alhamdullillah rezeki tetap ada.




king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...