Monday, September 21, 2015

manjakan diri







Dah lama tak manjakan diri. Dulu2 rajin jugek pergi spa tapi lately macam malas la pulak, asyik tak sempat. Entah macamana, rasa nak pergi salon...nak buat treatment rambut. Terus teringatkan kawan SRK yang ada salon kat BB. Akak pun tak terfikir SRK ada berkawan dengan tauke salon...hehe.

SRK buat appointment, then bawak akak ke BB. Cantik salon dia, first time akak sampai kat salon tu, walaupun dah beberapa kali jumpa dengan taukenya. 






Interior design yang agak menarik kat salon ni. Akak rasa selesa kat situ sebab ada tempat menunggu dan salon ni agak privacy. Dah ada dalam kepala nak buat apa...cuci? potong? rebonding? steam? macam2 dah terfikir...hehe. Harga service lebih kurang la kalau kita pergi salon kat Ampang Park tu. Biasa la harga kat KL kan. Kalau nak murah, kena pergi salon kat kampung...murah sikit jek pun.






Aiyaa...ada amoi sexy uolls. Akak tunggu amoi sexy tu habiskan service dia kat nyonya tu, baru la turn akak. Sebab dah buat appointment...tak nak ada orang lain dalam salon. Akak pun tak nak amoi tu yang entertain akak tapi ada lagi sorang pekerja salon, Elly, blonde girl.

Elly ni tak abih2 promote suruh akak buat rebonding dan kaler rambut. Aaiiishhhh...ada orang kampung terkezut tengok akak dah berambut blonde sejak kerja kat KL. Tak kuasa. 

Okay...Elly cakap kalau kakak tak nak rebonding, dia nak steam kan rambut akak dan bla..bla..bla. Akak cakap okay but not this time. Sebab apa akak cakap okay? Sebabnya apa pun service rambut yang derang bagi kat akak, semuanya free. Tauke bagi free. Thank you very much.





Anak dara akak ni peneman setia akak. Dah boleh buat teman bergossip. Masa akak tengah memanjakan diri, dia sibuk layan anak Rose, kawan pada Elly. So, salon ni nampak dah jadi macam taska akak tengok =).

Uolls yang duk dekat2 BB tu, boleh la berkunjung ke salon ni, masuk ikut hotel istana, straight jek.

mee kari chinese style

Semalam, tengahari lagi dah plan nak masak mee kari chinese style. Entah ler, tetiba teringin nak makan. SRK dan anak2 pun setuju ta...