Monday, September 7, 2015

pulut kuning + sambal bilis







Dah lama tak masak nasi pulut. Actually banyak vit M bila nak masak nasi pulut, malas nak kukus dan sebagainya. Tapi disebabkan mengidam semula nak makan nasi pulut, masak ler juga. Minta tolong SRK belikan beras pulut tapi biasa la orang lelaki, bukan nak tengok beras pulut tu elok ke tak. Main beli je. Tengok2 macam beras pulut yang dah lama. 

Betul ler...bila masak hasilnya tak cantik tapi masak juga sebab dah beli. SRK sendiri pun komplen bila time makan. Tau pulak nak komplen pakcik ni =).

Match kan dengan nasi pulut, masak sambal tumis ikan bilis. Very easy nak masak sambal ni, main campak2 je uolls...lepas tu goreng telur dadar dua biji. Done.





Lepas mengidam makan nasi pulut, mengidam pulak nak makan gulai lemak siput sedut. Akak panggil siput sedut, orang lain tak tau la panggil siput apa. Nak masak siput ni memang cinta, memang tak la + tak reti....hehe. Buat apa nak susah2 kalau takat nak makan semangkuk kecik gitu kan. So, akak import jek gulai siput ni dari kedai. Beres.

Nasib baik orang ni masak sedap tapi kalau bubuh daun kadok, lagi sedap rasanya. Antara khasiat makan siput ni ialah untuk mengurangkan sakit2 sendi macam sakit lutut. Teringat arwah wan dulu2, selalu masak gulai siput ni untuk kurangkan sakit2 sendi atau lenguh.

Ada pantang makan siput ni, elakkan makan siput yang saiz besar. Terus terbayang makan siput babi. Woha!!

king patin

I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin ...