Friday, September 4, 2015

doktor suruh exercise



Recently kurang sihat, stress kot. Badan yang stress sebab kadang2 kita buat kerja continuously dan kurang tidur. Kesian juga kat badan kita ni, paksa buat sesuatu diluar kemampuan. Bila doktor advised supaya jaga pemakanan, jaga tidur dan jaga kesihatan, terus teringat yang akak dah lama tak masuk gym.




Walaupun tiap2 petang jadi penunggu tasik titiwangsa tapi tak juga berjogging atau main beskal kat situ. Tunggu anak dara siap training kayak, then terus balik rumah. Mujur ada gym kat ofis, free of charge. Sapa2 pun boleh guna, tinggal lagi malu ke tak malu nak buat exercise sebab gym tu unisex. Tak ada jadual untuk pompuan dan lelaki.

Masuk gym dan buat exercise ni memang boleh jadi addicted. Mula2 memang rasa malas dan sakit2 badan tapi bila selalu buat exercise, badan akan rasa cool. Bila tak buat exercise pulak...badan akan rasa lemau.






Akak tak buat heavy workout. Mulakan dengan jogging kat atas threadmill, then akak cycling. Setiap satu buat setengah jam je. Nak buat lebih bimbang badan tak larat. Bila dah selalu buat dua benda ni, baru akak tambah dengan exercise untuk perut dan kaki. Buat tu tak perlu buat macam orang lelaki exercise. Orang lelaki kalau jogging boleh maintain sampai 20 minit tapi orang pompuan ni jogging 5 minit pun dah mengah.






So far, exercise ni memang bagus. Ambik la masa sekejap untuk exercise, seharian asyik ngadap pc...tak bergerak2...kumpul lemak banyak2..hehe. At least setiap pagi datang ofis, abaikan lif dan naik ofis guna tangga. Tu yang akak selalu buat. Weekend kalau rajin, temankan anak dara swimming kat pool tapi setakat ni belum rajin =)).

Jom masuk gym dan have fun.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...