Tuesday, September 8, 2015

puding lapis oreo







Ada orang beriya tulis dalam fb, kategori isteri masa kini.

1)  Pandai masak lauk tapi tak pandai masak kuih.

2)  Pandai masak kuih tapi tak pandai masak lauk.

3)  Pandai masak lauk dan kuih.

4)  Pandai masak air je (tak pandai masak lauk dan kuih)

Amboiiii....bukan main lagi ye. SRK dulu beriya mengorat akak sebab akak pandai masak air je...tau. Alhamdullillah dengan berkat pandai masak air je tu la, dah 18 tahun hidup bersama.

=))


Ngada2 kan. belajar je la masak bila dah kawen. Abih cerita. Tapi kalau tengok empat kategori kat atas tu, akak duduk dalam kategori nombor satu. Memang failed masak kuih melainkan masak agar2. Lagi la kalau nak suruh masak kuih yang bahan2nya penuh satu muka surat, tak de la akak nak masak. Kalau nak makan juga, beli je.

Cuma kadang2 datang juga angin sepoi2 nak masak kuih. Tak sengaja nampak kat resepi kat dalam majalah, baca sekali lalu. Bahan2nya tak banyak mana dan semua ada stok kat rumah, boleh la buat kan. Patutnya puding berlapis tapi disebabkan attitude yang kurang sabar nak tunggu lapisan bawah jadi keras, gitu la jadinya. 

Orang suruh guna agar2 yang ori tu tapi akak guna agar2 kaler merah, sebab tu warna jadi gitu. Mujur jadi puding juga. Biasa la kan kalau duduk dalam kategori nombor satu. 

Bahan2 nak buat puding ni senang sangat. Agar2, susu cair, gula, biskut oreo, serbuk koko. Serbuk koko tak ada stok, akak gantikan dengan coklat je. Ala...coklat cadbury tu pun boleh. Bahagikan agar2 kepada dua bahagian, satu dicampur dengan coklat dan satu lagi dengan biskut oreo. Lapis kedua2 bahagian, biarkan sejuk. Siap.






workout by your name

Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada ...