musim orang kawen








Asal cuti panjang jek, mesti ada orang kawen...kan. Asal orang kawen jek, mesti cuti panjang...kan.

So, selesai sudah majlis akad nikah anak sedara SRK, beberapa hari sebelum aidil adha. Majlis buat nun kat Jerteh..weh,  jauh betul dari KL. Plan asal akak nak attend tapi memikirkan yang akak terpaksa ambik cuti seminggu direct sampai aidil adha, simpan jek la plan tu iye. Itu la...susah sikit kalau buat majlis on weekday, isnin pulak tu. Pastu kendurinya hari selasa.  Hmm...ni mesti nak sambut raya haji sebagai husband & wife kan. Tau dah taktik tu. Tapi ini la risikonya buat majlis kawen pada hari bekerja...orang busy dengan kerja. But its ok. Tapi kalau anak sedara akak yang kawen, akak dah sound awal2 =).

Sekejap betul masa berlalu, dah kawen budak ni. Dulu2 selalu jugek la jumpa pengantin pompuan ni duk follow mak dia (kakak SRK) ke mana sahaja. Dengan muka comotnya tak hengat tapi sekarang dah cantik lawo, sweet gitu. Dah jadi nurse. 

Anyway, selamat pengantin baru buat anak sedara.


***********





Sabtu lepas raya, kami ke Kuala Lipis pulak untuk attend majlis kawen adik sepupu akak. Majlis buat kat Dewan Residen, berdepan dengan padang bola tempat Dato CT kawen dulu. Meriah sungguh majlisnya walaupun tak semewah majlis kawen orang2 lain. Alhamdullillah akad nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz.

Waktu kami tiba, pengantin dah sampai kat dewan. Iye la, gerak dari bandar ikan patin pun dah jam 11 am, campur lagi dengan jerebu dan traffic jammed.






Ayah pengantin lelaki tu adik kepada abah akak. Tu semua adik-beradik derang, memang ramai sampai akak pun selalu lupa nama2 derang ni. Woha! =). Jumpa derang ni pun time raya dan kenduri jek, kalau tak....tak jumpa la jawabnya.





Ni anak2 dara akak yang semakin jelita...hehe. Budak2 ni memang excited kalau pergi jalan2, makan kat kenduri pun macam makan kat rumah sendiri. Makan ikut nak. Posing kat entrance dewan sebelum kami bertolak balik. 

Alhamdullillah dua masjid dah selamat di dirikan sempena cuti aidil adha. 









Popular posts from this blog

mara digital

shah's beach resort, tanjung kling, melaka

pasar rakyat medan mara, KL