Thursday, September 17, 2015

KL was so red







Breakfast Hari Malaysia, cuma nasi goreng tanpa vege dengan telur mata kerbau dan sambal tumis ikan bilis. Makan bertiga, abih licin semuanya sebab breakfast pun dah dekat jam 10.00 am. Nampak cuaca macam semakin baik sebab dah boleh nampak klcc.







Niat nak pergi Jalan TAR tu macam separuh dilaksanakan. Last minute plan nak naik tren jek ke Jalan TAR. Memang sampai kat situ tapi tak larat nak pergi cari jubah dress untuk anak dara. Sampai kat stesen bandaraya, boleh nampak perarakan manusia berbaju merah. Mula2 akak plan nak pakai baju kuning tanpa ada niat apa2 tapi nasib baik teringat ada perhimpunan baju merah ni. Langsung pilih kemeja blaus kaler black and white. 

Akak tak nampak sebarang yang pelik semalam, melainkan derang ni berjalan slow2 dengan aman. Ada yang pegang sepanduk bertulis "Melayu mesti bersatu padu demi menegakkan agama Islam" dan "Jangan biarkan pemimpin2 Islam dipijak oleh bukan Melayu". Okay, faham. 







Turun kat stesen bandaraya dah dekat pukul 3.00 pm, perut dah berbunyi lain macam. Terus naik ke food court Sogo. Order yee mee meat ball soup tapi dia bagi chicken sebab meat ball tak de. Kan ke dah lain rasanya. Anyway..makan la jugek kan, rezeki dah depan mata. Lagipun dia bubuh wantan goreng, memang akak suka wantan. 







Lepas makan, turun semula kat ladies department, beli dua helai t-shirt blaus untuk anak2 dara. Ada sales sempena Hari Malaysia, uolls. Pilih t-shirt2 tu dah makan masa, nak beli yang bersesuaian dengan kehendak anak2 yang tengah remaja. Salah beli nanti budak2 ni tak nak pakai. Haru.

Lepas tu, naik ke men department, nak cari kemeja untuk SRK. Mana tau ada sales. Memang ada, Charles Jourdan tengah sales giler2. Belek punya belek, snap satu gambo kemeja dan sent kat SRK. SRK kata okay, done. Anak dara pun cakap kemeja abah dia cun.

While my friend borong dua helai seluar dan tiga helai baju, only RM169.90. Berbaloi kot.

Turun ke ground floor pulak, cuci mata tengok handbag tapi nasib baik tak terjumpa yang berkenan di hati. Selamat duit gaji =)).

Maybe next time kot.

Bila dah selesai shopping, dah haus semula. Singgah oldtown, makan french toast. Kat rumah pun boleh buat sendiri kan benda ni....tapi saja nak rasa versi oldtown. 






Sampai rumah dah pukul 6 pm. Badan dah letih, letih meround Sogo kot..uolls..hehe. Sebelum balik, sempat naik Pertama Complex, cari flip cover untuk handphone budak2 ni tapi tak de pulak. 

Lepas maghrib, akak cuma goreng ayam kisar untuk dinner sebab SRK dinner kat luar dah. SRK ni cuti pun dia kerja. Cari rezeki untuk family.

That was how I celebrate Hari Malaysia :)

workout by your name

Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada ...