Tuesday, September 1, 2015

erti merdeka



Selamat Hari Kemerdekaan, walaupun lewat sehari.

Bila orang tanya apa erti merdeka, ramai yang jawab..
...merdeka tu freedom...
...merdeka daripada penjajah...
...merdeka daripada hutang...
...merdeka tu aman damai...
...terlepas daripada kongkongan ibubapa...

dan akak terkesan dengan satu jawapan ni..
...merdeka tu terjadi bila hati kita bersih... bersih daripada sangkaan yang tidak elok, bersih daripada fitnah, bersih daripada hasad dengki, bersih daripada umpatan. Lebih bersih bila kita redha dan sentiasa bersyukur dengan ketentuanNya, selebihnya kita akan bahagia dan merdeka...

Terpulang pada tafsiran masing2 bila bercakap tentang merdeka. 


*************


Hampir setiap kali hari kebangsaan, akak berada kat kampung halaman. Tak berpeluang nak tengok sambutan kat KL, mesti happening. Tapi kadang2 rasa bosan dengan cara sambutan diambang kemerdekaan. Stereotaip, konsert...konsert...konsert. Macam dah abih idea nak sambut. Padahal ada lagi cara yang lebih bermanfaat. Akak prefered tengok movie kat HBO daripada tengok konsert yang sama jek dengan tahun2 lepas. Baik tengok The Conjuring tengah2 malam, ada juga suspennya.

By the way, akak tunaikan hasrat anak2 nak tengok perbarisan kemerdekaan peringkat daerah Temerloh. Jam 8.30 am baru gerak ke dataran. Si kakak nak tengok koir yang diwakili oleh budak2 sekolah dia. Si adik pulak nak tengok dua pupu yang baca sajak semasa acara perasmian.





Kenderaan2 pun nak berbaris tapi tak sempat nak tengok dekat2. Anak2 pun tak excited nak tengok benda tu semua.





Sebahagian daripada agensi2 yang mengambil bahagian dalam perbarisan dan perarakan kemerdekaan. Tengok macam kurang penyertaan, tak macam dulu2. Bukan ke "wajib" penyertaannya....oopppsss....





Cuaca memang cun semalam, tak panas sangat. So tak la berpeluh bagai derang yang berdiri lama kat tengah2 dataran tu. Dengan uniform bagai tu, bukan mudah nak maintain...kan.




Selepas ucapan perasmian wakil MB Pahang, ada bacaan sajak oleh 2 orang budak sekolah menengah berdekatan. Yang pompuan tu anak sedara sepupu akak. Tengok orangnya macam bercakap lemah-lembut jek tapi bila baca sajak...tu dia...keluar suara nyaring. Syabas!






Haaa...koir ni la yang anak dara nak tengok sangat, katanya ada sorang junior tu pinjam baju dia. Owh....okay :)

Konduktor yang baju purple tu over acting pulak goyang2 badan...hehe. Nyanyi lagu merdeka sehati sejiwa dan lagu P.Ramlee (???)...nasib baik sedap, suara clear gitu. Tahniah kat budak2 ni.

Itu jek la yang sempat layan anak2. Next year kita terjah yang kat KL pulak....(kot??) =)

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...