Thursday, September 3, 2015

aiskrim pisang






Terjumpa resepi nak buat aiskrim pisang kat majalah, terus jek snap dan simpan dalam gallery. Banyak dah resepi yang simpan dalam handphone tapi tak banyak yang jadi buat =)).

Tapi aiskrim pisang ni macam menarik. Mesti dah ramai yang berpengalaman nak buat aiskrim pisang ni. Bahan2 nya pun tak banyak kita nak sedia. Tapi jangan lupa tengok kat analisa nutrisi tu ye. Kalori boleh tahan banyak, lemak pun ada. Mungkin lemak baik kot...hehe.

Boleh try masak dan confirm anak2 suka, kecuali anak2 yang tak suka makan pisang.





Kadang2 orang confuse dengan aiskrim pisang. Adakah aiskrim dengan pisang atau pisang tu sendiri dijadikan aiskrim?? Setakat belah dua pisang, lepas tu letak aiskrim diantaranya...rasanya tu bukan aiskrim pisang tapi pisang dengan aiskrim. Whatever.


Jom tengok cara nak buat aiskrim pisang.






Beli pisang yang dah betul2 masak sebab kita nak rasa manis tu kan, tak payah letak gula dah. Boleh letak madu macam resepi kat atas tu. Potong pisang kecik2 macam ni dan bubuh dalam bekas bertutup yang kedap udara. Then, simpan pisang ni dalam peti ais (tempat sejuk beku) selama sehari semalam atau kalau tak menyempat dah nak buat, boleh la simpan dalam 2-3 jam.






Selepas dah disejuk beku tu, keluarkan dan kisar dalam food processor. Letak esen vanila dan madu sikit. Yogurt pun boleh bubuh. Kalau tak ada food processor, jangan sedih ye. Boleh guna blender tapi make sure blender korang tu bukan blender yang ada bau dan rasa cili, kunyit dsbnya. Kalau tak, nanti aiskrim bertukar jadi aiskrim cili :)





Bila dah kisar lama tu, ia akan jadi macam doh aiskrim. Makan dengan aiskrim lain yang selalu kita beli kat supermarket tu. Nak feel lagi, taburkan chocolate chips ataupun cairkan coklat dan tuang atas aiskrim pisang tadi. Nak happening lagi, letak buah strawberry atau kiwi kat atas aiskrim.

Adoooiiiii...meleleh air liur kan. Tapi akak belum cuba buat pun lagi. Woha!!




photo kredit to vitdaily.com


No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...