Monday, July 6, 2015

sup ayam






Pada akak, sup adalah satu masakan yang paling mudah kita buat. Campak2...tumis..bubuh air, boleh tinggal dan buat kerja lain. Tak perlu nak menung tunggu tepi dapur sampai sup masak.

Sup ayam ni anak dara yang request, katanya dah lama ummi tak masak sup ayam. Dia memang suka sup ayam. Tumiskan bahan2 sup macam biasa dan masukkan ayam. Bila dah mendidih, masukkan kentang dan leek. Akak bubuh kiub pati ayam sikit, bagi ada rasa. Garam jangan lupa bubuh ikut citarasa masing2. 





Jarang akak masak sup ayam guna sup bunjut kecuali kalau nak masak sup tulang. Semua guna bahan2 ori jek. Kuah sup tu jadi macam gitu, tak jernih sebab akak basuh ayam guna tepung gandum. Dan sisa2 tepung gandum tu still ada sikit2 kat ayam. So, jadi la gitu. Kalau suka, boleh tabur bawang goreng tapi akak kurang minat bawang goreng.

Lawak la kan kalau ada orang cakap susah nak masak sup ayam. Tak sampai 15 minit dah siap :) 

pantai kemasik

Last two days, kami sekeluarga ke Dungun untuk menghantar anak dara yang dah mula kuliahnya semalam. Great, semalam juga birthday dia yan...