Monday, July 6, 2015

sotong goreng kunyit & mushroom goreng


Dah lama tak beli sotong sebab setiap kali pergi pasar, tengok sotong macam tak fresh. Derang campur dengan sotong lama, lembik dan cepat busuk gayanya. Tak lalu nak beli. Lepas tu harga sotong kena tengok juga, tak ada yang murah. Kena pandai2 la buat pilihan.





Ini iftar 16 Ramadan lalu, buntu nak masak apa. Tapi berulang juga masak kari ayam sebab ada peminatnya. Akak masak ala kadar jek, masak tak banyak...ikut bilangan rakyat yang ada kat rumah. Ikut pusingan jam, sotong goreng kunyit, kari ayam, sayur goreng bunga kobis dan mushroom goreng. 





Sotong goreng kunyit pun mudah nak masak. Cuma perlukan bawang besar dan sebelum tu gaulkan sotong dengan kunyit dan garam terlebih dahulu. Panaskan minyak dan goreng la sotong hingga setengah masak. Masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat2. Goreng lagi sotong tak melebihi dua minit, untuk mengelakkan sotong jadi liat.





Owh...yang ini memang dah lama tak buat, mushroom goreng. Asalnya akak belajar makan benda ni waktu akak bekerja kat Kota Bharu dulu...akhir tahun 90an gitu. Ada satu kedai masakan kampung ni sentiasa jadikan mushroom goreng ni sebagai salah satu masakan yang derang offer kepada pelanggan.

Mula2 rendam dulu mushroom tu dalam telur yang telah dipukul, bubuh garam sikit. Kemudian, masukkan biji ketumbar dan gaul lagi. Bila semua dah sebati, baru la goreng mushroom ni sampai kaler mushroom tukar jadi brown. Goreng jangan sampai hangus, okay. 

Sedap dimakan dengan nasi atau ratah begitu saja!

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...