Tuesday, July 7, 2015

sandwich telur & mee goreng


Entri tertunda lagi. Tak sempat nak update. Makin busy dengan hal2 personal..hehe.




Bersempena Nuzul Quran yang lalu, anak dara akak ada inisiatif nak buat sendiri sandwich telur. Okay, good effort kan. Bukannya susah sangat nak buat sandwich telur. So, akak tolong potongkan roti, potongkan timun dan potongkan buah tomato. Aikkk...semua ummi dah potong, macamana nak mengaku semua buat sendiri kan :)





Rebus telur terlebih dahulu, rebus sampai jadi keras. Macam telur yang orang bagi kat kenduri kawen tu. Kupas kulit telur dan hancurkan telur dalam mangkuk. Bila dah hancur, masukkan mayonis tapi this time we all guna thousand island. Tu yang nampak kaler oren kan. Taburkan serbuk black pepper, kalau suka...tabur banyak sikit.  Kacau semula bagi sebati dengan telur dan mayonis tadi.

Dah sebati, boleh la sapukan butter atau margerin atas roti. Akak guna butter, prefer butter. Sapukan bahan2 telur + mayonis tadi. Susun timun dan buah tomato kat atas telur. Siap!

Memang sesuai la budak form one nak buat sandwich ni sendiri kan :)





Meanwhile, akak siapkan bahan2 nak goreng mee kuning. Susah nak tau samada mee kuning jenis mana yang tak banyak rasa kapur. Any tip?

Sediakan bawang putih, bawang besar dan cili boh. Potong kecik2 fish ball dan fish cake. Tak ketinggalan isi ayam dan udang. Akak tak guna sawi tapi guna kobis manis untuk dicampurkan dalam mee.





Dah jadi tabiat, sebelum menggoreng mee, akak akan campurkan dulu bahan2 kicap dan sos. Campurkan sesudu kicap pekat, kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos cili dan sos tomato.  Kacau sehingga sebati semua jenis kicap dan sos tu.

Bila dah tumis bahan2 asas tadi, masukkan ayam, udang, fish ball dan fish cake. Kemudian masukkan kicap dan sos yang telah dicampurkan tadi. Masukkan sayur kobis dan rasa la masin dan manisnya. Taburkan daun sup + daun bawang. 

Bila nak makan, perahkan air limau nipis atau limau kasturi ke atas mee. Nak bagi kaw2 lagi, akak makan mee dengan lada jeruk. Terangkat.

Karnival WOW

Karnival WOW baru2 ni macam tak wow sangat, biasa2 jek. Yang happening sebab ada live programme by TV3. So ramai ler orang kerumun kat sit...