Wednesday, July 8, 2015

kerabu mee hoon



Punya la terpengaruh dengan program masakan Ketuk2 Ramadan, SRK terus plan nak buat kerabu mee hoon. Kena pulak artis jemputan yang memasak hari tu ialah Izzue Islam, oghe kelate. Oghe demo. Macam nak meleleh air liur tengok Izzue masak kerabu mee hoon, nampak memang sedap.






Bahan2 nak buat kerabu mee hoon ni agak banyak tapi kita cuma perlu hiris2 jek dan gaulkan dengan mee hoon, tak perlu nak masak ke apa. Cuma mee hoon jek yang kena celur bagi lembut. Bahan2nya udang kering, daun saderi, daun limau purut, bunga kantan, cili api atau cili besar, daun ketumbar, pes tomyam dan garam. Tapi SRK tambah lagi bahan iaitu timun jepun dan buah tomato.

Bahan yang berdaun, hiris semua halus2 termasuk la cili, timun jepun dan buah tomato. Udang kering di sangai terlebih dahulu dan tumbuk sampai hancur. Gaul semua bahan tu sebelum digaulkan dengan mee hoon.






Dah gaul tu, rasa la masin masam dan manisnya. Opppsss...time puasa gini, camna nak rasa kan.. :) In Shaa Allah dah biasa memasak, dah tau banyak mana garam nak bubuh.

Dah siap untuk dihidang. Boleh makan begitu saja ataupun makan dengan nasi. Kalau makan dengan nasi, double la kenyangnya kan...





Owh...ahad lepas sebelum balik rumah masak untuk berbuka, sempat akak mengajak SRK menerjah ke Jalan TAR. Nak beli shawl untuk akak dan anak2. Adeh...lebih baik naik tren kot sebab jalan sesak memang sesak... Kereta banyak, manusia pun ramai sangat. Tengok la depan Sarah Hughes tu, macam takde ruang nak berjalan. Padat dengan manusia.

Lautan manusia daripada depan Muaz hingga la ke Pertama Complex, pening kepala tengok. Macam2 bangsa ada. Kalau orang Melayu sibuk nak shopping baju bagai, orang bangsa lain pun nak juga outing ke situ sebab banyak sales!

Sempat masuk Sogo sekejap, nak cari voir jean untuk anak. Nak naik esculator pun kena tunggu turn, kena naik group by group. Bimbang esculator tak boleh nak tampung berat kot...huhu. Sadis. 







No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...