Thursday, July 30, 2015

rumah tinggal ker



Ahad lepas ada wedding cousin kat Bukit Pelindung, Kuantan. So ini la kesempatannya untuk kami skodeng rumah kami kat Perkampungan Indera Sempurna 2, Kuantan. Dah lama tak tengok rumah kami yang disewa oleh pasangan muda ni. Entah apa jadi. Selama ni derang cakap rumah okay jek..ye lah..bertanya melalui telefon tak nampak apa2 kan.





SRK dah bagitau awal2 yang kami nak datang petang ahad tu tapi bila sampai depan rumah, gate berkunci. Rumah macam sunyi sepi jek, tak ada penghuni. Tapi ada beberapa helai jeans disidai kat depan rumah. Yang best, banyak tumbuh2an kat tepi rumah tu, dari depan sampai ke belakang. Kalau pokok serai, ada juga gunanya.

Okay, fine.





Dinding luar tu dah pasang rak besi buat tempat simpan barang2 welding. "Serai" banyak2 macam ni, biawak pun boleh menyorok. Kus semangat. Busy betul derang ni agaknya. Bagi salam beberapa kali tapi tetap tak ada sapa yang jawab. Menyorok ke...atau memang tak ada dalam rumah.





Al-kisahnya kami datang menjenguk sebab penyewa ni memang liat nak bayar sewa rumah. Kalau kami tak call minta sewa rumah, memang derang buat bodoh jek la. Kalau kami tak call dua bulan, dua bulan la jugek sewa rumah tak bayar. Tak tau apa masalahnya. Minta cari rumah lain, tapi tak nak keluar2 juga.

Sayang bila tengok penyewa yang tak reti nak jaga rumah. Kita ni menyewa juga hidup kat KL tapi punya la jaga rumah orang...owner pulak yang acuh tak acuh dengan keadaan rumah. Tak well prepared bila nak bagi sewa kat orang. 

Penyewa rumah kami yang sebelum ni, bayaran sewa masuk tepat pada waktunya tapi keadaan rumah memang comot. Setiap bilik ada mural anak2 dia. Pintu master bedroom sampai berlubang kat tengah. Kuat betul main kungfu agaknya. Penyewa yang ni pulak, liat nak bayar sewa dan keadaan rumah pun kurang terjaga. Apa pulak la yang jadi lepas ni.

Redha tapi stress sikit bila tengok keadaan rumah.

throwback: 10Binjai, PNB Park, KLCC

Throwback yang terobek. Last minute decided buat iftar kat 10Binjai, PNB Park. RM80 per head tapi guna orang dalam, dapat RM64 per...