Monday, July 27, 2015

lagenda malaya, koperasi polis batu caves



Malam tadi kami balik dari Kuantan, singgah rumah mak kat Bandar Ikan Patin dan about pukul 6.45 petang, kami gerak balik ke KL. Trafik sesak bermula dari RR Lanchang sampai la ke plaza tol Karak, disebabkan kerja2 mengalih dan membersihkan pokok2 yang tumbang akibat ribut. So, drag kat situ....gerak slow2 sangat. 





Sampai kat tol Gombak, perut dah berbunyi. Fikir2 nak dinner kat mana walaupun masa tu dah pukul 9.30 malam. Late dinner. SRK cadangkan satu tempat makan kat Batu Caves, Restoran Lagenda Malaya namanya. Akak dan anak dara follow jek. Hopefully tempat makan tu okay. Okay dalam mind kami ialah bersih, makanan sedap dan kedai tak berbau.

Alhamdullillah kedai ni nampak okay. Awal2 anak dara dah posing dengan t-shirt tok gajahnya. Peminat tegar team tok gajah tu.

Tak susah nak cari kedai ni, dekat taman koperasi polis, Batu Caves.





First time minum air barli susu, sedap rasanya. Biasanya akak minum barli suam yang biasa tu jek. Rasa macam okay...barli + susu, boleh try lagi nanti.





SRK sangat memahami kalau akak nak snap gambo food tapi sebab malam tadi dah over lapar, dia dah makan sikit, baru dapat snap...hehe. Nasi goreng cina pilihan SRK. Not bad, RM4.50 jek. Murah kan. Ada sup dan ada keropok.





Akak makan nasi goreng paprik seafood, harga RM6.80. Juga ada sup dan keropok. Tak abih makan sebab nasinya macam banyak sikit. Taste good, papriknya ada sayur, sotong dan udang.





Anak dara makan nasi goreng pattaya dan minum air milo ais, milo tabur. Tu memang favourite dia. See...ada juga sup dan keropok, so tak boleh nak dengki la ummi dan abah pun ada sup dan keropok. Harga RM6.00.

Total semua sekali, RM23.80, quite okay kan. Tak la mahal sangat, harga normal dan tengok kat resit tak ada GST. Tu yang bagusnya. Alhamdullillah rezeki makan malam kami malam tadi.



workout by your name

Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada ...